JENAYAH JUVANA PDF

Noor Haslinda Jenayah juvana pada masa kini semakin menjadi-jadi. Setiap hari, setiap bulan, setiap tahun ada sahaja kes-kes juvana yang disiarkan di media massa mahupun media cetak. Apakah tindakan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini? Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri KDN mencatatkan bahawa pertambahan sebanyak 5, kes juvana iaitu 3, kes pada tahun dan 8, kes pada tahun Mengapakah peningkatan kes ini berlaku?

Author:Bajar Shanos
Country:Bolivia
Language:English (Spanish)
Genre:Marketing
Published (Last):11 September 2017
Pages:150
PDF File Size:3.32 Mb
ePub File Size:10.18 Mb
ISBN:380-5-73980-859-8
Downloads:83538
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Voodoobei



Noor Haslinda Jenayah juvana pada masa kini semakin menjadi-jadi. Setiap hari, setiap bulan, setiap tahun ada sahaja kes-kes juvana yang disiarkan di media massa mahupun media cetak. Apakah tindakan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini? Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri KDN mencatatkan bahawa pertambahan sebanyak 5, kes juvana iaitu 3, kes pada tahun dan 8, kes pada tahun Mengapakah peningkatan kes ini berlaku?

Tidakkah kita terfikir bahawa dengan bertambahnya kes juvana sebegini akan memberi kesan terhadap semua pihak termasuk masyarakat dan negara ini?

Ternyata pendidikan moral dengan 16 nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya masih jauh untuk menangani masalah ini. Adakah mereka hanya menutup mata atau memekakkan telinga? Tepuk dada tanya minda kita generasi macam mana yang kita mahukan untuk meneruskan legasi pada masa akan datang. Sudah semestinya kita mahukan generasi yang bebas daripada masalah juvana ataupun bebas masalah jenayah untuk memimpin kita pada masa akan datang. KDN Masalah sosial dalam kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah yang melanda masyarakat dan negara pada hari ini semakin meruncing.

Tambahan pula kes-kes jenayah juvana semakin meningkat di negara kita banyak melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

Apa yang menyedihkan, purata umur kes-kes juvana ini antara umur 7 hingga 18 tahun adalah sangat muda berbanding dengan usia jenayah yang dilakukan. Sehingga hari ini kelompok umur 16 hingga 18 tahun antara yang tertinggi iaitu 5, orang di mana melibatkan kes kecurian motosikal, mencuri, pecah rumah, rogol, dan samun.

Sebelum itu cuba kita lihat definisi juvana juvana adalah merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan remaja yang bertindak menyalahi undang-undang dan tidak mahu melakukan kewajipan sosial mereka. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini adalah kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu ketenteraman hak asasi manusia dan masih belum dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada mereka.

Definisi jenayah pula dari segi islam perkataan jenayah dalam islam membawa maksud yang am dan khusus. Secara amnya ia bererti sesuatu yang tidak baik dilakukan dan ia melibatkan dosa besar. Dari segi perundangan apa sahaja yang dilarang dalam Islam, jika dilakukan ia merupakan satu dosa dan dengan itu boleh ditakrifkan sebagai jenayah dan mempunyai kesan tertentu dari segi hukuman.

Fatimah Yusuff dalam kenyataannya memberitahu, antara faktor yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan gejala sosial adalah perasaan ingin tahu di mana perasaan itu akan menimbulkan masalah apabila mereka tiada tempat untuk berkongsi perasaan dan tiada penasihat yang setia daripada ibu bapa, keluarga dan lain-lain.

Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku. Cuba kita renungkan, nilai remaja seseorang hanya sekali, kerana remaja tidak akan kekal muda bahkan mereka akan menjadi dewasa dan bakal melalui hari tua. Oleh itu, pada diri remaja tersandar satu harapan dan tanggungjawab yang besar iaitu memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam membentuk jati diri yang unggul untuk menjadi generasi yang cemerlang.

Fatimah, Antara contoh yang boleh diambil ialah kes juvana yang berlaku di Kedah sendiri iaitu pembabitan remaja termasuk pelajar sekolah dalam jenayah di daerah Kota Setar membimbangkan terutama membabitkan jenayah narkotik, kekerasan, harta benda dan trafik. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata sebanyak sembilan kes seumpama itu dicatatkan pada dua bulan pertama tahun ini dan lebih membimbangkan, berlaku peningkatan 52 kes juvana yang direkodkan tahun lalu iaitu kes berbanding kes pada Berita Harian Mohd Rozi berkata, langkah pencegahan drastik perlu diambil bagi mengelakkan remaja terutama pelajar sekolah terjebak dalam jenayah sehingga menjadi masalah sosial yang lebih berat dalam masyarakat di masa depan.

Katanya, kerjasama antara pihak polis dan sekolah dilihat menjadi platform terbaik bagi memberi pendedahan kepada mereka sebagai langkah pencegahan kerana rata-rata pelajar sekolah terbabit jenayah juvana akibat terpengaruh dengan media sosial, faktor persekitaran dan rakan. Peranan ibu bapa mengambil penting dalam mendidik anak-anak.

Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang tidak ambil berat tentang pendidikan agama. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang banyak yang diamanahkan oleh Tuhan. Antaranya ialah mendidik mereka menjadi manusia yang berjaya di dunia ini, terutama sekali dalam suasana masyarakat yang sangat materialistik.

Ini memberi cabaran kepada ibu bapa kerana Tuhan mempertanggungjawabkan mereka supaya mendidik anak-anak menjadi mukmin yang berperanan dalam Islam dan selamat dari seksa api neraka.

Jadi, bermulalah kehidupan anak tersebut tanpa didikan agama dan seterusnya mereka mudah terjebak dengan kes-kes jenayah seperti ini. Ibu bapa adalah individu paling dekat dan paling penting dalam membentuk peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak.

Pada zaman teknologi maklumat yang serba moden dan globalisasi sekarang, mereka sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Ibu bapa perlu sedar bahawa mereka sedang menyediakan generasi baru.

Ibu bapa perlu sedar bahawa anak dalam dukungan mereka kelak akan menjadi insan yang mempunyai tanggungjawab, dan tata kelakuan mereka akan mempunyai kesan terhadap insan lain.

Secara langsung, nilai dan gaya hidup ibu bapa akan mempengaruhi tarbiyah atau pendidikan anak- anak. Anak-anak akan melakukan apa yang mereka lihat dan akan mengingatinya untuk di contohi. Apa yang nyata, anak yang melihat ibu bapanya menipu tidak akan belajar menjadi orang yang jujur. Anak yang mempunyai ibu bapa yang ganas dan lasak, tidak akan membesar menjadi seorang yang mempunyai sifat kasih sayang.

Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar-pelajar. Pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga mudah dipengaruhi. Ini kerana mereka rasa bebas bergaul dengan rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu. Oleh itu, hubungan mereka menjadi rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka kerana rakan mereka lebih memahami.

Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Meraka berasa bangga semasa diterima oleh rakan sebaya mereka kerana mereka boleh duduk dalam kelompok yang mereka suka.

Oleh itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh rakan sebaya mereka walaupun perkara itu berisiko. Media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Kemudahan seperti internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Media massa yang wujud pada era globalisasi ini banyak mempengaruhi minda-minda pelajar zaman kini. Perkara ini yang membuatkan mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan media massa.

Contoh yang paling popular ialah media sosial seperti whatsapp, facebook dan twitter. Media-media ini mudah mempengaruhi minda anak-anak muda yang sentiasa inginkan hiburan. Perkara-perkara sering tular di media sosial tetapi tidak tahu akan kesahihan perkara tersebut.

Akan tetapi banyak juga keburukannya seperti,remaja menyalahgunakan internet untuk memalsukan data- data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Antara kesan-kesan jenayah juvana adalah kepada masyarakat ialah negara kita akan kehilangan modal insan yang berkaliber sekaligus mengugatkan keselamatan negara. Kita boleh cuba bayangkan akibat sekiranya remaja-remaja kini yang ada sekarang rosak akhlaknya pada masa sekarang dan implikasi pada masa depan. Kesan jenayah juvana kepada masyarakat adalah banyak, antaranya kerugian harta benda,terputusnya hubungan silaturahim, kehilangan nyawa dan juga kerugian masa.

Masyarakat terpaksa membiayai perbelanjaan remaja yang menjadi pelaku jenayah juvana dalam bentuk seperti bayaran cukai untuk melancarkan program-program mencegah jenayah. Ini bermakna masyarakat akan mengalami kerugian dari segi wang ringgit.

Negara kita akan memerlukan modal insan yang cemerlang dari segi akhlak dan sebagainya untuk memimpin negara pada masa akan datang, tetapi cuba bayangkan jika generasi ini sudah rosak pada umur yang sebegitu. Mereka telah melakukan jenayah yang tidak sepatutnya dilakukan pada usia yang sebegitu muda. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah ibu bapa perlu mendidik anak-anaknya dari kecil sebelum terlambat.

Ibu bapa perlulah menberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Selain itu,ibu bapa juga selalu memantau anak-anak terutama dari segi pergaulan mereka. Ibu bapa seharusnya memberi galakan kepada anak-anak mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti seperti ceramah-ceramah agama dan ceramah berbentuk kerohanian yang sesuai bagi anak-anak mereka.

Ini boleh memberi panduan kepada mereka dalam mencari kehidupan yang benar. Kadang-kadang untuk menjadi ibubapa yang baik kita tidak boleh terlalu menerapkan nilai disiplin yang tinggi kepada anak-anak tambah ketika mereka berada di usia muda. Kita seharusnya menjadi sahabat atau pendengar yang setia kepada mereka bukan meletakkan satu jarak antara ibubapa dan anak-anak supaya mereka dihormati.

Perkara ini akan membuatkan anak-anak takut dengan ibubapa di rumah tetapi di luar mereka seolah terkena kejutan budaya dan cuba melakukan perkara yang mereka tidak boleh lakukan di rumah.

Ibubapa mesti sering menanyakan permasalahan anak-anak di sekolah ataupun dengan rakan-rakan. Cuba fahami situasi mereka dan berikan solusi yang paling baik agar kesemua berpuas hati. Selain itu, remaja haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka.

Di sini, ibu bapa mesti selalu berinteraksi dengan ank-anak mereka supaya tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah dalam kalangan remaja. Pihak-pihak terlibat haruslah sentiasa mengawal dan memerhati kelakuan-kelakuan remaja ini di tempat-tempat awam dan laporkan pada pihak berkuasa sekiranya ternampak perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Pihak sekolah juga perlu selalu berinteraksi dengan ibu bapa pelajar dengan membuat perbincangan bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.

Pengenalan semula mata pelajaran Pedidikan Sivik dan Kewarganegaraan PSK kepada semua sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah pelajar di sekolah.

Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para pelajar dan PSK juga berperanan dalam memupuk nilai-nilai murni dalam nanuri setiap pelajar. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya yanpa keganasan, memahami kepelbagaian agama dan budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Kesimpulannya , pelbagai usaha boleh dilakukan bagi membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Semua pihak haruslah berganding bahu supaya masalah ini tidak berlarutan dan bertambah serius. Pihak kerajaan dan swasta perlulah memainkan peranan penting dalam hal ini supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan masa depan pelajar, malah turut akan menjejaskan masa depan negara dan bangsa secara tidak langsung kerana pelajar merupakan para pemangkin negara pada masa depan.

Pelajar merupakan aset negara yang bernilai dan harus dibentuk dengan baik. Hanya ilmu yang mampu memberi kekuatan kepada anak-anak supaya apabila dewasa, mereka akan dapat berfikir secara matang dan rasional.

Institusi kekeluargaan amat penting untuk mengelakkan remaja daripada terus terjebak dengan jenayah yang semakin parah dari semasa ke semasa. Pendidikan yang paling penting adalah pendidikan yang berteraskan agama dan moral. Dengan adanya asas agama yang teguh dan moral yang mantap, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang negatif.

Ingatlah, remaja hari ini adalah harapan bangsa dan pewaris pada masa hadapan. Jika remaja pada hari ini cemerlang, maka negara juga akan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Jika remaja pada hari ini adalah remaja yang rosak akhlaknya dan cetek ilmu pengetahuannya, maka sudah pasti akan menjadikan sesebuah negara itu semakin lemah dan merencatkan kecemerlangan bangsa.

Kita mengimpikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang bukan hanya dari segi pembangunan teknologi dan industri, tetapi dalam masa sama menjadi pemangkin dalam melahirkan generasi yang cemerlang, produktif serta memiliki sahsiah yang mantap kerana remaja pada hari ini bakal pemacu masa depan dan hala tuju negara.

BUH515D PDF

Jenayah juvana

Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan. Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti rancangan pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak. Memberi kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menentukan penyertaan mereka di dalam rancangan pemulihan anak-anak mereka yang berkenaan. Takrifan Kanak-kanak Seorang yang telah meningkat usia 10 tahun dan berada di bawah usia 18 tahun.

BU208A DATASHEET PDF

DEFINISI JENAYAH JUVANA

Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini adalah kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak asasi manusia dan masih belum dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Jenis Jenayah Hari ini,masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah. Sekarang, isu jenayah di sekolah-sekolah semakin berleluasa. Antara jenayah yang dilakukan ialah agresif terhadap manusia. Jenayah peras ugut dilakukan oleh mereka yang hidup dalam dunia fantasi sendiri.

TAZKIRATUL AWLIYA IN PDF

Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan juvenil remaja. Jenayah jenis ini merupakan sesuatu yang semakin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia. Ia merupakan satu daripada isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu melakukan jenayah berat, walau bagaimanapun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Sebenarnya, terdapat beberapa punca berlakunya jenayah juvana ini. Punca-punca ini seterusnya meninggalkan kesan yang negatif kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.

Related Articles