AKTA KESATUAN SEKERJA PDF

Kerjasama yang baik di antara pihak pengurusan dengan para pekerja adalah salah satu tindakan yang membolehkan organisasi mentadbir dan merangka strategi organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kesatuan sekerja didefinisikan oleh K. Selain itu juga, kesatuan sekerja menurut K. Rajkumar , mempunyai satu atau lebih daripada perkara berikut: i. Peraturan dalam hubungan di antara kakitangan dan majikan; ii. Peraturan dalam hubungan di antara kakitangan dan kakitangan, atau di antara majikan dengan majikan; iii.

Author:Grot Brakinos
Country:Italy
Language:English (Spanish)
Genre:Personal Growth
Published (Last):26 March 2016
Pages:137
PDF File Size:2.87 Mb
ePub File Size:10.57 Mb
ISBN:248-6-74996-680-1
Downloads:91752
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Dainos



Kerjasama yang baik di antara pihak pengurusan dengan para pekerja adalah salah satu tindakan yang membolehkan organisasi mentadbir dan merangka strategi organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kesatuan sekerja didefinisikan oleh K.

Selain itu juga, kesatuan sekerja menurut K. Rajkumar , mempunyai satu atau lebih daripada perkara berikut: i. Peraturan dalam hubungan di antara kakitangan dan majikan; ii.

Peraturan dalam hubungan di antara kakitangan dan kakitangan, atau di antara majikan dengan majikan; iii. Pengaduan oleh sama ada kakitangan atau majikan dalam pertikaian kerja; iv. Kaitan dengan pertikaian kerja atau perkara berkaitan; v. Sokongan, penubuhan atau pembiayaan mogok dan pembekuan dalam mana-mana perniagaan atau industri atau peruntukan gaji atau imbuhan-imbuhan lain untuk ahli-ahlinya semasa mogok atau pembekuan berkenaan. Umumnya, objektif penubuhan sesebuah kesatuan sekerja adalah i.

Artikel 10 1 c Perlembagaan Malaysia ii. Konvensyen ILO No. Seksyen 8 dan 9 Akta Kesatuan Sekerja Sesebuah kesatuan sekerja perlu didaftarkan bagi membolehkannya menikmati keistimewaan sebagai sebuah kesatuan sekerja yang sah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kolej ini merupakan sebuah institusi pengajian yang berperanan di dalam memberikan pendidikan berasaskan pengurusan dan pentadbiran kepada para pelajar yang menyertainya.

Kolej ini telah beroperasi sejak tahun dan meliputi pengajian di peringkat Sijil dan Diploma. Sebagai sebuah organisasi yang mempunyai kumpulan kakitangan seperti tenaga pengajar kumpulan profesional dan kumpulan sokongan, kolej ini turut terlibat di dalam menubuhkan sebuah kesatuan sekerja yang mewakili anggota kumpulan sokongan. Kumpulan sokongan ini terdiri daripada 70 orang pekerja. Bagi menubuhkan kesatuan sekerja kumpulan sokongan ini, satu mesyuarat penubuhan telah dilaksanakan oleh anggota kumpulan sokongan tersebut pada: Tarikh : 22 Mei Sabtu Masa : 9.

Notis mesyuarat penubuhan kesatuan sekerja bagi kumpulan sokongan serta laporan minit mesyuarat penubuhan kesatuan sekerja tersebut adalah seperti di Lampiran I dan Lampiran II. Kesatuan sekerja terhenti daripada menikmati apa-apa hak, kekebalan atau keistimewaan kesatuan yang berdaftar, tetapi tanpa memudaratkan apa-apa tanggungan yang dialami atau yang akan dialami olehnya. Membekalkan wang atau faedah-faedah lain bagi anggota- anggotanya semasa mogok atau perberhentian dilarang juga.

Pendaftaran sesebuah kesatuan sekerja mestilah dibuat dalam borang yang ditentukan Borang B. Permohonan bagi pendaftaran sesebuah kesatuan sekerja mestilah mengikut syarat yang terkandung di bawah Akta Kesatuan Sekerja iaitu 1 Tiap-tiap permohonan bagi pendaftaran sesuatu pertubuhan, gabungan atau persatuan sebagai suatu kesatuan sekerja hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan, dan hendaklah ditandatangani oleh sekurang- kurangnya tujuh orang anggota kesatuan itu, yang mana di antaranya boleh terdiri daripada pegawai-pegawainya.

International Law Book Services, Permohonan telah dibuat pada 28 Mei iaitu setelah segala dokumen seperti laporan minit mesyuarat penubuhan serta dokumen lain yang diperlukan disediakan.

Akta Kesatuan Sekerja , seksyen 12 menyatakan bahawa 1 Ketua Pengarah boleh, apabila menerima sesuatu permohonan di bawah seksyen 10, dan tertakluk kepada seksyen ini boleh mendaftar kesatuan sekerja itu mengikut cara yang ditetapkan.

Oleh demikian, setelah membuat permohonan pendaftaran kepada Ketua Pengarah dan memberikan kerjasama kepada Ketua Pengarah berkenaan dengan segala maklumat yang diperlukan, maka, kesatuan sekerja PAKS Kolej Kerjasama Perak diberikan perakuan pendaftaran seperti yang terdapat pada Lampiran IV.

Bagi Persatuan Anggota Kumpulan Sokongan PAKS Kolej Kerjasama Perak, setelah mendapat sijil perakuan pendaftaran daripada Ketua Pengarah Lampiran IV , mereka telah membuat satu permohanan bertarikh 9 Jun kepada majikan iaitu Ketua Pengarah Kolej Kerjasama Perak bagi mendapatkan pengiktirafan terhadap kesatuan sekerja yang telah mereka tubuhkan bagi membolehkan mereka melakukan sebarang perundingan kolektif dengan pihak pengurusan kolej.

Akhirnya, setelah penilaian dan pertimbangan dibuat oleh majikan, Persatuan Anggota Kumpulan Sokongan PAKS Kolej Kerjasama Perak berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada majikan berkenaan dengan penubuhan kesatuan sekerja yang mewakili kakitangan kumpulan sokongan kolej tersebut. International Law Book Services, 22 Oleh itu, sebarang tuntutan pengiktirafan sekiranya wujud kesatuan sekerja lain pada masa akan datang adalah tertakluk kepada seksyen 10A Akta Perhubungan Perusahaan tersebut.

Surat permohonan tersebut mengandungi beberapa cadangan bagi membolehkan majikan mempertimbangkannya untuk suatu perjanjian kolektif. Antara cadangan yang diutarakan oleh kesatuan sekerja PAKS adalah seperti peruntukan latihan kepada pekerja, peruntukan upah bagi pekerja yang terpaksa bekerja pada hari rehat dan juga berkaitan peruntukan bagi hari kelepasan bagi setiap pekerja.

Setelah 14 hari menghantar surat pelawaan bagi membuat perundingan kolektif, kesatuan sekerja PAKS masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak majikan terhadap pelawaan tersebut. Selain itu juga, pihak kesatuan sekerja PAKS telah membuat satu permohonan mengikut subseksyen 6 APP bagi memastikan perundingan kolektif dengan pihak majikan dapat dilaksanakan terutama bagi membincangkan cadangan yang diutarakan oleh pihak kesatuan sekerja.

Walau bagaimanapun, pihak majikan masih belum bersetuju untuk menerima pelawaan pihak kesatuan sekerja PAKS untuk mengadakan perundingan kolektif tersebut. Pihak majikan merasakan bahawa isu yang diutarakan oleh pihak kesatuan sekerja adalah sesuatu yang tidak munasabag dan merupakan isu-isu yang tidak memerlukan perundingan dilakukan. Merujuk kepada penyataan yang terkandung di bawah subseksyen 7 APP tersebut, kesatuan sekerja PAKS telah memulakan satu pertikaian perusahaan dengan mengambil tindakan tertentu bagi memastikan isu yang mereka cadangkan diberi perhatian oleh pihak majikan.

Tindakan yang boleh diambil di dalam pertikaian perusahaan di antara pihak kesatuan sekerja dengan pihak majikan adalah seperti piket dan mogok. Kesatuan sekerja PAKS telah mengambil tindakan perusahaan terhadap majikan mereka dengan melakukan piket.

Tindakan ini diambil bagi menyampaikan maklumat kepada pekerja-pekerja serta majikan berkenaan dengan tuntutan yang mereka cadangkan semasa membuat pelawaan perundingan. Salah satunya adalah berkaitan dengan peruntukan hari rehat terutama berkaitan dengan bayaran upah.

Hal ini dibangkitkan oleh pihak kesatuan sekerja adalah disebabkan oleh sebagai sebuah organisasi yang kadangkala memerlukan para pekerja pada hari cuti terutamanya apabila tiba waktu pengambilan dan pendaftaran pelajar, isu upah sangat dititikberatkan oleh pihak kesatuan sekerja bagi melindungi ahli-ahli mereka.

Perkara berkenaan kerja pada hari rehat adalah tertakluk di bawah seksyen 60 Akta Kerja iaitu 3 a Dalam hal seorang pekerja yang diambil bekerja atas kadar upah mengikut harian, setiap jam atau lain-lain kadar yang serupa yang bekerja pada satu hari rehat, ia hendaklah dibayar untuk mana-mana tempoh kerja: i yang tidak melebihi setengah masa-masa kerjanya yang biasa, satu hari upah pada kadar upah biasa; atau ii yang melebihi daripada setengah tetapi tidak melebihi tempoh masa kerjanya yang normal, dua hari upah pada kadar upah biasa.

International Law Book Services, Oleh demikian, cadangan bagi mempelawa perundingan yang diutarakan oleh pihak kesatuan sekerja terhadap pihak majikan adalah sangat munasabah kerana perkara ini adalah tertakluk kepada Akta Kerja Setiap pekerja berhak mendapat upah atau setaraf dengan yang terkandung di dalam seksyen 60 3 Akta Kerja berhubung dengan waktu kerja yang telah mereka lakukan.

Walau bagaimanapun, kesatuan sekerja perlulah memenuhi cara yang telah ditetapkan oleh undang-undang di dalam melakukan piket. Walaupun tindakan perusahaan secara berpiket ini dilakukan di luar waktu kerja tetapi tindakan ini telah mewujudkan satu suasana yang tidak sihat dari pandangan pelawat-pelawat dan juga pelajar.

Tindakan berpiket ini selain bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maklumat, ia juga boleh mendorong para pekerja untuk tidak melaksanakan pekerjaan mereka sekiranya langkah penyelesaian yang baik tidak diambil dengan segera oleh pihak majikan. Tindakan yang lebih drastik seperti melancarkan mogok boleh diambil oleh pihak kesatuan sekerja sekiranya tuntutan mereka terhadap pihak majikan masih tidak dipertimbangkan.

Bahkan proses runding damai merupakan kaedah paling berkesan untuk menyelesaikan pertikaian. Proses runding damai melibatkan beberapa mesyuarat di antara majikan, pekerja dan kesatuan pekerja tersebut. Oleh demikian, pertelingkahan yang berlaku di antara pihak kesatuan sekerja PAKS dengan pihak majikan perlu diselesaikan dengan melaksanakan langkah-langkah tertentu bagi memastikan pekerja dan majikan dapat terus berhubungan di dalam mengurus tadbir organisasi.

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut: Tarikh : 22 Mei Sabtu Masa : 9. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: i. Membincangkan secara ringkas tujuan penubuhan kesatuan sekerja. Menetapkan skop keahlian kesatuan sekerja iv.

Menetapkan kadar yuran masuk dan yuran bulanan v. Menetapkan nama dan alamat berdaftar kesatuan sekerja vi.

Membincangkan dan meluluskan peraturan-peraturan kesatuan sekerja vii. Lain-lain Hal ix. Sekian dan terima kasih. Husin bin Mohd Noor 2. Harun bin Ghani 3. Muhammad Rozali bin Sulong 4. Cik Fadzillah binti Harun 5. Cik Salasiah binti Salleh 6. Cik Rosmawati binti Mohammad 7. Cik Nurul Hanis binti Mohd 8. Alias bin Abdul Aziz 9. Khairul Azlan bin Mohd Mamat Mohd Suhaimi bin Aziz Azilan bin Arifin Azahari bin Ismail Rosaidi bin Mohamed Ibrahim bin Jalil M Rezal bin Abu Bakar Salahuddin bin Abu Bakar Nik Mariati binti Nik Hitam Zahri bin Ismail Raziei bin Md.

Rahim Zaimin bin Endut Mohd Zahri bin Ismail Ibrahim bin Mohd Taib 1. Husin bin Mohd Noor mengucapkan salam sejahtera dan mengajak semua ahli yang hadir pada pagi ini membaca Al-Fatihah untuk memberkati mesyuarat mereka.

Seterusnya, Tuan Pengerusi Majlis melantik salah seorang ahli dengan persetujuan ahli- ahli yang lain iaitu Cik Fadzillah binti Harun sebagai pencatat minit sementara untuk mencatat minit mesyuarat ini. Pengerusi menerangkan secara ringkas agenda mesyuarat pada pagi ini iaitu melibatkan perbincangan mengenai tujuan penubuhan kesatuan, menetapkan skop keahlian, yuran kesatuan, nama kesatuan dan alamat berdaftar, peraturan yang digunapakai di dalam kesatuan, perlantikan Jawatankuasa kesatuan dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Pengerusi berharap kepada semua ahli yang hadir agar dapat memberi kerjasama dan berbincang untuk memudahkan keputusan bagi menubuhkan kesatuan sekerja ini dapat dilaksanakan dengan segera. Majlis diteruskan dengan perbincangan berkenaan agenda yang telah ditetapkan. Tujuan Penubuhan Kesatuan Sekerja Pengerusi bertindak menerangkan secara umum berkenaan fungsi kesatuan sekerja dan seterusnya membincangkan tujuan penubuhan kesatuan sekerja bersama-sama ahli yang lain yang hadir.

Hasil daripada perbincangan dengan ahli, tujuan penubuhan kesatuan sekerja di organisasi ini adalah seperti berikut: a Mengorganisasikan pekerja-pekerja sebagai ahli Kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan. Kesemua ahli yang hadir bersetuju dengan cadangan dan perbincangan berkaitan dengan tujuan penubuhan kesatuan sekerja ini. Menetapkan skop keahlian Pengerusi meneruskan perbincangan berkaitan dengan skop keahlian di mana beliau meminta pandangan daripada ahli-ahli yang hadir untuk mencadangkan dan menetapkan skop keahlian yang boleh mendaftar dan terlibat di dalam kesatuan sekerja ini.

Yuran Kesatuan Pengerusi meminta ahli-ahli memberikan pendapat berkenaan dengan yuran yang perlu dikenakan ke atas ahli-ahli yang ingin mendaftar masuk serta yuran bulanan bagi kesatuan sekerja ini.

Respon yang diberikan oleh ahli yang hadir sangat memberangsangkan dengan pelbagai cadangan berkaitan telah diberikan. Selain itu, ahli sebulat suara telah bersetuju untuk menggunakan alamat berdaftar bagi kesatuan iaitu Rumah Rehat, Kolej Kerjasama Perak, Gopeng, Perak Darul Ridzuan.

Peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja Pengerusi membentangkan peraturan-peraturan yang digunapakai bagi kesatuan sekerja ini untuk diluluskan oleh ahli-ahli kesatuan sekerja. Oleh demikian, peraturan-peraturan ini telah diluluskan oleh ahli yang hadir sebulat suara. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kesatuan Sekerja Pengerus memohon semua ahli yang hadir untuk memberikan cadangan untuk memilih ahli jawatankuasa kesatuan bermula daripada Pengerusi sehingga kepada AJK iaitu seramai empat orang.

PEDIADOSIS PDF

Akta Kesatuan Sekerja 1959 PDF

Menurut peruntukan akta ini, keahlian sesuatu kesatuan sekerja dalam sektor swasta hendaklah terdiri daripada pekerja atau majikan dalam ketukangan, pekerjaan atau industri yang tertentu atau yang seakan-akan sama. Pekerja-pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana mereka sedar bahawa secara kolektif mereka akan berada dalam kedudukan yang membolehkan mereka meminta gaji yang lebih dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik. Kesatuan sekerja bukan hanya berminat mengenai kehidupan ahli-ahli mereka semasa waktu bekerja tetapi juga secara meluas menggalakkan kerajaan meluaskan perundangan dan memperkenalkan polisi-polisi yang akan memberi faedah kepada pekerja-pekerja pada amnya. Oleh itu aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja mempunyai tiga cabang. Ia memberi tumpuan kepada majikan individu dan layanan majikan terhadap pekerja-pekerja mereka, mengenai isu-isu kebangsaan yang lazim kepada semua majikan dan memberi kesan kepada semua pekerja serta mewakili pekerja-pekerja individu yang memohon bantuan mereka. Rajah 1 di halaman 2 menunjukkan pendekatan tiga serampang ini.

BSCI P4S V6.85 PDF

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja Daftar Kesatuan Sekerja yang dikehendaki di bawah seksyen 7 Akta hendaklah pada matannya dalam Borang A yang dinyatakan dalam Jadual Pertamanya. Permohonan bagi pendaftaran. Tiap-tiap permohonan yang dibuat di bawah seksyen 10 1 bagi pendaftaran sesuatu kesatuan sekerja hendaklah pada matannya mengikut Borang B yang dinyatakan dalam Jadual Pertamanya dan hendaklah dikemukakan dalam empat salinan kepada Ketua Pengarah.

BIENES Y DERECHOS REALES ROJINA VILLEGAS PDF

.

EL CERCO DE LENINGRADO PDF

.

Related Articles